Laman Utama


 
Pengenalan PDF Cetak emel
Pada tahun 1998, Kerajaan Negeri Sabah melalui Badan Perundangan Negeri telah memperbadankan 'Baitulmal' di bawah Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998 yang dikenali sebagai 'Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah' (PBNS).
 
Berdasarkan seksyen 2, Enakmen Perbadanan Baitulmal No. 11 Tahun 1998, PBNS diletakkan di bawah portfolio Menteri Di Jabatan Ketua Menteri.
 
Atas sebab-sebab di luar jangkaan PBNS hanya beroperasi sepenuhnya pada 1hb. Januari 2005 iaitu enam (6) tahun selepas wujudnya Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998. Enakmen ini menyatakan antara fungsi-fungsi PBNS adalah :-

  • Mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau tidak alih mengikut peruntukan Enakmen Perbadanan Baitulmal dan Hukum Syarak.
  • Bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.

Di samping itu, 'Perbadanan' berperanan untuk membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.
 

Makluman

<<  Mac 2010  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini16
mod_vvisit_counterSemalam111
mod_vvisit_counterMinggu Ini208
mod_vvisit_counterBulan Ini737
mod_vvisit_counterKeseluruhan27202