Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998, Seksyen 4. Komposisi Perbadanan.

Perbadanan hendaklah terdiri dari ahli-ahli berikut:

seorang Pengerusi;

seorang Timbalan Pengerusi;

Mufti Kerajaan;

seorang wakil dari Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Besar Negeri yang mewakili Kerajaan Negeri;

tidak lebih daripada tiga orang ahli yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman atau kepentingan dalam perdagangan, perindustrian, kewangan atau perkara- perkara yang berhubung dengannya;

seorang ahli yang mewakili Majlis; dan

orang yang sedang memegang jawatan Pengurus Besar Perbadanan:
Dengan syarat bahawa Pengurus Besar adalah tidak berhak mengundi dalam mesyuarat Perbadanan.

 

Berikut adalah senarai ahli Lembaga Pengarah PBNS bagi tempoh 2015-2016/2017

YB. Datuk Haji Abdul Muis Picho
Pengerusi

Tuan Haji Arsit Haji Sedi @ Sidik
Timbalan Pengerusi

S.S. Datuk Haji Bongsu @ Aziz Haji Jaafar
Mufti Kerajaan Negeri

Tuan Haji S. Zainal Abidin Hassan
Wakil Kementerian Kewangan

Puan Suzumaidah Haji Hussain
Wakil Jabatan Peguam Besar Negeri

Datuk Haji Ahmad Sedik
Ahli professional

Encik Adnan bin Haji Puteh
Ahli professional

Encik Mohd. Adnan Rosdin bin Mohd. Arif
Wakil Majlis Ugama Islam Sabah

Puan Hajah Ratnawati Binti Datuk Haji Osman
Pengurus Besar