Pada tahun 1998, Kerajaan Negeri Sabah melalui Badan Perundangan Negeri telah memperbadankan Baitulmal di bawah Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998 yang dikenali sebagai Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS). Walau bagaimana pun, PBNS hanya beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah Perbadanan pada 01 Januari 2005.

 

Wawasan

Menjadikan PBNS sebuah perbadanan yang dihormati dan unggul di Malaysia

 

Misi

Membangunkan ekonomi umat Islam di Negeri Sabah melalui pentadbiran yang telus, berintegriti dan professional berdasarkan Hukum Syarak dan undang-undang yang telah ditetapkan