Pengenalan

Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah telah mewujudkan Tabung Kumpulan Wang Amal Jariah seperti yang termaktub di dalam Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998. Antara lain objektif penubuhannya adalah untuk

  • Memberi galakan kepada masyarakat Islam di Sabah khasnya, agar menjadikan budaya suka bersedekah/menderma sebagai satu amalan dalam kehidupan harian.
  • Untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab bersedekah.
  • Mewujudkan sikap prihatin serta membantu meringankan beban masyarakat yang kurang bernasib baik.

Cara untuk menyumbang

  • Kaunter pejabat PBNS di Wisma MUIS
  • Tabung KWAJ yang terdapat di sejumlah premis milik orang Islam dan kaunter pejabat awam sekitar Kota Kinabalu
  • Masukkan terus ke akaun KWAJ di Bank Islam

Nama : Kumpulan Wang Amal Jariah
No. Akaun : 10-016-01-004746-2

Info KWAJ

Sumbangan KWAJ telah diberi pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cuka Pendapatan 1967. Rujukan LHDN : 01/35/42/51/179.5902