Visi
Menjadikan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah sebuah Perbadanan yang dihormati dan unggul di Malaysia.
Misi
Membangunkan ekonomi umat Islam di negeri Sabah melalui pentadbiran dan pengurusan yang telus, berintegriti dan professional berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-undang yang telah ditetapkan.
Objektif
- Membangunkan imej PBNS sebagai sebuah institusi perbendaharaan Islam yang disegani.
- Mempertingkatkan kutipan dana melalui aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi yang berasaskan syariat Islam.
- Mempelbagaikan program-program bantuan sosial dan kebajikan untuk masyarakat Islam di Negeri Sabah.
- Menubuhkan subsidiari untuk aktiviti perniagaan berkonsep Islam.
Piagam Pelanggan
- Memastikan kakitangan PBNS memberi layanan yang baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, ikhlas, saksama dan adil kepada setiap pelanggan yang berurusan di pejabat ini.
- Memastikan kakitangan PBNS sentiasa prihatin terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pelanggan dan akan berusaha membantu menyelesaikan masalah yang wujud dengan ikhlas dan jujur.
- Memastikan masyarakat Islam Sabah menerima bantuan dana kebajikan dengan maksimum berasaskan kepada peruntukan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah PBNS.
- Memastikan tindakan akan diambil dengan serta merta atau tidak melebihi 3 hari.
|