|
Gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg. Sembulan |
|
|
|
Tarikh : 02 Mei 2010 / 18 Jamadil Awal 1431H Hari : Ahad Masa : 7.30 pagi – 9.30 pagi
Satu aktiviti khidmat masyarakat Pembersihan Taman Perkuburan Islam Kg. Sembulan telah diadakan baharu ini. Program ini dianjuran oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) turut melibatkan pelajar-pelajar daripada SMU Toh Puan Hajah Rahmah dan penduduk kampung sekitarnya.
Objektif program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara PBNS dan masyarakat setempat disamping mengaplikasikan perananya sebagai sebuah institusi Islam di Sabah yang memainkan peranan dalam menjaga kebajikan dan kemaslahatan umat Islam di Negeri Sabah.
Alhamdulillah secara keseluruhannya, matlamat utama diadakan program ini telah tercapai dan jutaan terima kasih diucapkan kepada warga SMU Toh Puan Hajah Rahmah dan penduduk kampung sekitarnya diatas kesudian membantu menjayakan program amal ini dan mudah-mudahan usaha kita semua akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.




|